Thursday, August 21, 2008

Episod 3

“ Tuan-tuan & puan-puan. Kami akan menunjukkan cara menggunakan alat-alat keselamatan yang ada di dalam pesawat ini. Sila beri perhatian kepada pramugari yang berada di hadapan & tengah kabin anda, ” kedengaran suara ketua krew penerbangan bercakap melalui alat pembesar suara. Pesawat mula bergerak ke landasan sambil dua pramugari tadi menunjukkan demo.

“ Pelik jugak kan. Kalau kapal terbang reverse tak bunyi pulak. Rugi la Air Asia beli kapal terbang mahal-mahal tak dak sensor, ” kata Ilyas. “ Mungkin tak sempat nak servis pagi tadi, ” Cikgu Ismail menjawab selamba. Kami tergelak melihat gelagat cikgu. Merah padam muka Ilyas. Dia memalingkan muka ke luar tingkap. Sudah menjadi undang-undang penerbangan, tingkap perlu dibuka sewaktu berlepas & mendarat.

“ Penerbangan Air Asia Kuala Lumpur-Medan-Jakarta, AK 936 akan berlepas dalam sedikit masa lagi. Anda dinasihatkan memasang tali pinggang keselamatan yang terdapat di tempat duduk. Sila dapatkan pramugari bertugas sekiranya menghadapi sebarang masalah, ” kata ketua penerbangan. “ Ni la first time aku naik kapal terbang, ” bisik Adam kepadaku. “ Alhamdulillah dapat naik. Kalau tak sampai ke tua la kempunan naik kapal terbang, ” balasku sambil tertawa kecil. Adam yang berada di sebelahku hanya mampu terseringai menampakkan giginya yang tidak berapa teratur.

“ Aku rasa saat yang paling macho bagi pilot masa kapal terbang nak berlepas. Bila terangkat tayar depan, berdebar sikit la kan. Tapi bila dah terbang bangga tak sangka, ” komen Fatah yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Pesawat masih mencanak naik sehingga pada aras ketinggian 12 000 kaki. Telinga terasa berdesing akibat perubahan ketinggian yang mendadak. Menelan air liur mungkin cara paling baik untuk mengurangkan kesan itu. “ Ding, ” lampu keselamatan tali pinggang keledar berbunyi. Serentak dengan itu ia terpadam.

“ Kamu semua tak terasa lapar ke ?. Cikgu belum sarapan lagi, ” tanya Cikgu Ismail. Hazwan sedari tadi asyik dengan kamera barunya mencelah. “ Jangan offer kat diorang semua ni cikgu. Nanti pokai dibuatnya. Tambah-tambah Adam. ” “ Apa pulak aku. Kalau kau nak cakap je la Hazwan. Jangan malu-malu, ” Adam membela diri. “ Kamu semua ni macam anak cikgu. Okay, minta apa-apa yang kamu nak makan. Kalau malu lapar, ” kata Cikgu Ismail meleraikan keadaan.

“ Tuan-tuan & puan-puan. Sebentar lagi pesawat akan tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Sila buka tingkap & pasangkan tadi pinggang keledar anda. ” kata ketua krew penerbangan.

Best betul naik kapal terbang. KL-Medan sejam ja. Selalunya sejam baru sampai Slim River, ” kata Hazwan membuat perbandingan. “ Ate yang mike heran sangat pasai pa ?. Kita naik kapal terbang, bukannye kerete, ” sampuk Fatah mengajuk dengan cakap Perak. Kami berlima menunggu bagasi masing-masing sambil bercakap tentang anjing yang menunggu di pintu masuk airport Polonia.

“ Okay, cepat. Lepas ni kita akan naik pesawat lain ke Banda Acheh. Kalau terlepas, kena keluar duit sorang sikit la beli tiket baru, ” kata Cikgu Ismail seakan mengugut. “ Yaeh, naik kapal terbang lagi. Jom !! ” kami berlima menjerit keterujaan.

Bersambung.....