Thursday, August 21, 2008

Episod 3

“ Tuan-tuan & puan-puan. Kami akan menunjukkan cara menggunakan alat-alat keselamatan yang ada di dalam pesawat ini. Sila beri perhatian kepada pramugari yang berada di hadapan & tengah kabin anda, ” kedengaran suara ketua krew penerbangan bercakap melalui alat pembesar suara. Pesawat mula bergerak ke landasan sambil dua pramugari tadi menunjukkan demo.

“ Pelik jugak kan. Kalau kapal terbang reverse tak bunyi pulak. Rugi la Air Asia beli kapal terbang mahal-mahal tak dak sensor, ” kata Ilyas. “ Mungkin tak sempat nak servis pagi tadi, ” Cikgu Ismail menjawab selamba. Kami tergelak melihat gelagat cikgu. Merah padam muka Ilyas. Dia memalingkan muka ke luar tingkap. Sudah menjadi undang-undang penerbangan, tingkap perlu dibuka sewaktu berlepas & mendarat.

“ Penerbangan Air Asia Kuala Lumpur-Medan-Jakarta, AK 936 akan berlepas dalam sedikit masa lagi. Anda dinasihatkan memasang tali pinggang keselamatan yang terdapat di tempat duduk. Sila dapatkan pramugari bertugas sekiranya menghadapi sebarang masalah, ” kata ketua penerbangan. “ Ni la first time aku naik kapal terbang, ” bisik Adam kepadaku. “ Alhamdulillah dapat naik. Kalau tak sampai ke tua la kempunan naik kapal terbang, ” balasku sambil tertawa kecil. Adam yang berada di sebelahku hanya mampu terseringai menampakkan giginya yang tidak berapa teratur.

“ Aku rasa saat yang paling macho bagi pilot masa kapal terbang nak berlepas. Bila terangkat tayar depan, berdebar sikit la kan. Tapi bila dah terbang bangga tak sangka, ” komen Fatah yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Pesawat masih mencanak naik sehingga pada aras ketinggian 12 000 kaki. Telinga terasa berdesing akibat perubahan ketinggian yang mendadak. Menelan air liur mungkin cara paling baik untuk mengurangkan kesan itu. “ Ding, ” lampu keselamatan tali pinggang keledar berbunyi. Serentak dengan itu ia terpadam.

“ Kamu semua tak terasa lapar ke ?. Cikgu belum sarapan lagi, ” tanya Cikgu Ismail. Hazwan sedari tadi asyik dengan kamera barunya mencelah. “ Jangan offer kat diorang semua ni cikgu. Nanti pokai dibuatnya. Tambah-tambah Adam. ” “ Apa pulak aku. Kalau kau nak cakap je la Hazwan. Jangan malu-malu, ” Adam membela diri. “ Kamu semua ni macam anak cikgu. Okay, minta apa-apa yang kamu nak makan. Kalau malu lapar, ” kata Cikgu Ismail meleraikan keadaan.

“ Tuan-tuan & puan-puan. Sebentar lagi pesawat akan tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan. Sila buka tingkap & pasangkan tadi pinggang keledar anda. ” kata ketua krew penerbangan.

Best betul naik kapal terbang. KL-Medan sejam ja. Selalunya sejam baru sampai Slim River, ” kata Hazwan membuat perbandingan. “ Ate yang mike heran sangat pasai pa ?. Kita naik kapal terbang, bukannye kerete, ” sampuk Fatah mengajuk dengan cakap Perak. Kami berlima menunggu bagasi masing-masing sambil bercakap tentang anjing yang menunggu di pintu masuk airport Polonia.

“ Okay, cepat. Lepas ni kita akan naik pesawat lain ke Banda Acheh. Kalau terlepas, kena keluar duit sorang sikit la beli tiket baru, ” kata Cikgu Ismail seakan mengugut. “ Yaeh, naik kapal terbang lagi. Jom !! ” kami berlima menjerit keterujaan.

Bersambung.....

Thursday, July 31, 2008

Dah lama Tak Ada Cerpen Baru

Hmmm....memang sudah lama tak ada cerpen baru dalam blog saya nie. Entah kenapa segala hasil mahsul tulisan saya selalu saja separuh jalan. Mungkin belum cukup ilmu untuk jadi penulis cerpen yang berjaya & bergaya. Apa-apa pun, nantikan kemunculan LDL episod 3. Dah tak lama, juz around the corner.

Tuesday, June 17, 2008

Episod 1


Aku mengalihkan pandangan ke luar jendela memerhatikan bahu jalan sepanjang perjalanan Kedah-Kuala Lumpur. Sekali-sekala pandanganku tertumpu kepada cahaya lampu yang melimpah keluar dari rumah penduduk tempatan. “ Akan ku sempurnakan misi kali ini dengan sebaik mungkin ”, monolog aku sendirian. Fikiranku melayang-layang memikirkan perkara yang dibincangkan dalam taklimat minggu lalu. Suara Cikgu Ismail seolah-olah masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

“ Sebagaimana yang kamu ketahui Acheh telah dilanda tsunami pada 26 Disember yang lalu. Bahagian persisiran pantai Sumatera terutama sekitar Acheh teruk dibantai ombak besar-besaran itu. Bukan sedikit harta benda yang musnah. Begitu juga ia meragut ratusan ribu nyawa manusia tak kira usia. ”

Cikgu Ismail mencapai air mineral di hadapannya. Kelihatan halkumnya bergerak-gerak ke atas dan ke bawah tatkala air mula memasuki kerongkong. Jelas kelihatan tekaknya yang berkedut dimamah usia. Walaupun begitu semangatnya persis orang muda. Cikgu Ismail menambah, “ Kamu semua telah dipilih oleh Engenius Trading Company untuk melaksanakan misi syarikat di sana. Syarikat telah memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi untuk membantu umat Islam Acheh ”.

“ Mengapa Engenius berhajat membantu penduduk Acheh ?. Engenius punya bisnes di sana ke cikgu ? ”, tanya Hazwan kepada Cikgu Ismail yang lebih popular dengan panggilan cikgu. “ Pada hakikatnya kita tiada bisnes di sana. Namun atas kesedaran membantu saudara seIslam, maka kita wujudkan pasukan untuk melaksanakan misi yang telah kita tetapkan ”, jawab Cikgu Ismail.

“ Bagus!. Tak ramai orang yang berfikiran begitu cikgu. Tapi apa tugas kami di sana ? ”, celah Ilyas. “ Orang muda memang tak sabar ”, kata Cikgu Ismail sambil ketawa kecil. “ Cuba perhatikan profail yang ada di depan kamu. Maklumat terperinci tentang misi ini diterangkan di situ. ”

Lamunanku terhenti apabila bas mula memperlahankan kelajuan membelok ke sebelah kiri memasuki hentian Rehat & Rawat Tapah.

. . .

Puduraya! Puduraya! ”, laung pemandu bas. Aku menyapu muka sambil membetulkan cermin mata. Lantas telingaku menangkap bunyi penumpang turun dari bas. Mereka dengan bagasi masing-masing berjalan terhoyong-hayang bagaikan orang mabuk.

Aku seperti biasa ke restoran mamak berdekatan sementara menunggu waktu subuh. “ Minum apa?, ” tanya seorang pelayan di situ. “ Teh tarik saja. Makan tak mau, ” aku menjawab. Mataku memerhatikan ke luar restoran sambil mencari kelibat rakan-rakan yang lain. Aku tersengguk-sengguk mengantuk tatkala minuman sampai. Kuhirup buih teh tarik yang terapung-apung memenuhi permukaan gelas.

Waktu menginjak perlahan. Fajar belum menyinsing namun Kuala Lumpur sudah terjaga dari lenanya. Begitulah keadaan kota metropolitan saban hari yang rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Ia menjadi tempat anak watan mencari sesuap nasi, tak kurang juga limpahan warga asing yang berhijrah ke sini. Ibu kota Malaysia itu terus membangun seiring kepesatan bandaraya lain di dunia.

Sedang asyik menikmati kesibukan pagi, aku dikejutkan dengan suara orang memberi salam. “ Assalamualaikum, dah lama tunggu ?. Sorry la, bas aku lambat sampai. Berhenti lama tadi, ” kata Adam. “ Waalaikumsalam. Tau dah mu meme gitu. Jarang sangat nak awal, ” balas aku seakan mengusik.

Kami berbual-bual sehingga kedengaran azan dari Masjid Jamek yang terletak berhampiran. Langkah diatur menuju seruan Ilahi.

. . .

Monday, June 16, 2008

Episod 2

Boleh tahan jugak pejabat Engenius ni. Mau untung juta-juta. Kalau tak masakan boleh ada pejabat camni, ’’ Adam cuba membayangkan bisnes performance Engenius. Aku yang masih mengantuk tidak mengendahkan kata-kata Adam. Dalam fikiranku tidur adalah yang paling utama.

Adam memerhatikan aku tidur nyenyak berbantalkan lengan. “ Macam mana aku nak kenakan Umar, ” bisik Adam. Aku dapat rasakan seseorang menghampiri ke telingaku. Tidak semena-mena Adam meniup ke dalam telingaku dengan kuat. Aku yang terkejut lantas terjaga dan mengejar Adam yang telah memulakan langkah seribunya lebih awal. Ketika itu Adam bagaikan musuhku. “ Kau jaga Adam. Dapat kau siap la!, ’’ aku menjerit kebengangan.

. . .

“ Alhamdulillah kamu semua telah pun berada di sini. Cikgu ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi atas pemilihan kamu ke Aceh. Kita akan uruskan tiket serta keperluan lain sebelum kamu semua berangkat beberapa hari lagi, ” kata Cikgu Ismail memulakan taklimat pada pagi itu. ‘‘CEO Engenius akan bersama kita pagi ini untuk berkongsi pengalaman semasa beliau berada di sana. Cikgu harap kamu dapat menggunakan kesempatan sesi tersebut untuk bertanya dan beramah mesra dengan beliau. Bukan senang nak jumpa orang yang sibuk sepertinya. ”

Aku berborak-borak dengan Fatah tentang perlawanan bola sepak awal pagi tadi. Sementara itu Adam, Ilyas dan Hazwan mengambil tempat di satu sudut bilik memerhatikan gambar-gambar yang tergantung di dinding. Ia menggambarkan jatuh bangun Engenius dalam perniagaan. “ Dah jadi asam garam perniagaan. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Masa di atas jangan lupa diri. Masa di bawah kena banyak sabar. Insya Allah ada jalan penyelesaian, ” katanya sambil bersalaman dengan kami.

Beliau mengambil tempat di hujung meja. Cikgu Ismail lantas berada di sebelahnya. Saya perkenalkan CEO Engenius Trading Company, Encik Abdul Rashid Abdul Halim. “ Saya mengucapkan terima kasih kerana Encik Abdul Rashid dapat bersama kita pada hari ini. Maklum la, bukan senang seorang CEO nak luangkan masa dengan kesibukan yang ada,” Cikgu Ismail berseloroh.

Seorang yang berkarisma namun penampilannya biasa sahaja. Mengenakan tie, kemeja lengan panjang & seluar slack serta kasut hitam seperti eksekutif lain. Wajahnya menggambarkan seribu satu pengalaman yang dilalui. Tenang dan bersahaja. “ Bagus betul CEO ni, ” getus hatiku.

Selesai taklimat, kami dijemput minum pagi dengan Encik Abdul Rashid.

“ Engenius bergantung pada kamu semua. Misi program ini terletak di atas bahu kamu. Saya harap kita dapat teruskan selagi termampu. Besar harapan saya untuk melihat anak-anak Aceh kembali menjalani hidup seperti biasa. ” Encik Rashid memulakan perbualan.

“ Saya kurang faham kenapa kami ditugaskan untuk misi pendidikan, bukan untuk bantuan kemanusiaan macam agih barang makanan ke ?. ” Ilyas memecah kebuntuan.

“ Sebab pendidikan yang paling kurang diberi penekanan oleh pihak yang membantu di Aceh. Sedangkan ilmu yang paling penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan membangunkan kembali negeri serambi Mekah itu. ”

. . .

“ Kau dulu la. Kau kan ketua misi. Tak kan kami pulak yang kena mula. Tunjukkan la sikit karismatik kau sebagai pemimpin yang berwibawa, ” kami berempat mendesak Ilyas.

“ Awal ke, kemudian ke, semua akan kena. Injection ni penting untuk mengelakkan kamu dijangkiti penyakit, ” Cikgu Ismail menegaskan. “ Okay aku dulu, ” kataku meredakan keadaan.

Kami semua diminta mengambil beberapa suntikan sebagai persediaan dan pencegahan awal jika dijangkiti sebarang penyakit semasa berada di Aceh nanti. Seorang pegawai perubatan lelaki membantu kami mengambil suntikan. Bibirnya sentiasa menguntum senyuman.

“ Camna malam ni?. Nak tidur kat rumah aku ke, Ilyas ?, ” tanya Fatah kepadaku setelah kami selesai mengambil suntikan masing-masing. “ Aku pun tak tau lagi camna. Tunggu apa kata cikgu nanti. Mungkin Engenius dah sediakan penginapan untuk kita. ”

“ Aku pun harap gitu la. Selamat nugget dengan burger kat rumah aku, ” Fatah cuba menyakat sambil tersenyum sinis.

“ Jom futsal malam ni!. Aku dah setting dengan kawan-kawan yang len. Ada court baru bukak …… ” Ilyas mencelah perbualanku dengan Fatah. “ Nanti dulu. Kita tanya cikgu camna, ” aku menyampuk sebelum Ilyas sempat menghabiskan kata-kata.

Fine, nanti jangan cakap aku tak ajak !!. ” Ilyas seakan-akan kebengangan.

“ Alah, besar-besar pun nak merajuk, ” kata hatiku.