“ Boleh tahan jugak pejabat Engenius ni. Mau untung juta-juta. Kalau tak masakan boleh ada pejabat camni, ’’ Adam cuba membayangkan bisnes performance Engenius. Aku yang masih mengantuk tidak mengendahkan kata-kata Adam. Dalam fikiranku tidur adalah yang paling utama.
Adam memerhatikan aku tidur nyenyak berbantalkan lengan. “ Macam mana aku nak kenakan Umar, ” bisik Adam. Aku dapat rasakan seseorang menghampiri ke telingaku. Tidak semena-mena Adam meniup ke dalam telingaku dengan kuat. Aku yang terkejut lantas terjaga dan mengejar Adam yang telah memulakan langkah seribunya lebih awal. Ketika itu Adam bagaikan musuhku. “ Kau jaga Adam. Dapat kau siap la!, ’’ aku menjerit kebengangan.
. . .
“ Alhamdulillah kamu semua telah pun berada di sini. Cikgu ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi atas pemilihan kamu ke Aceh. Kita akan uruskan tiket serta keperluan lain sebelum kamu semua berangkat beberapa hari lagi, ” kata Cikgu Ismail memulakan taklimat pada pagi itu. ‘‘CEO Engenius akan bersama kita pagi ini untuk berkongsi pengalaman semasa beliau berada di sana. Cikgu harap kamu dapat menggunakan kesempatan sesi tersebut untuk bertanya dan beramah mesra dengan beliau. Bukan senang nak jumpa orang yang sibuk sepertinya. ”
Aku berborak-borak dengan Fatah tentang perlawanan bola sepak awal pagi tadi. Sementara itu Adam, Ilyas dan Hazwan mengambil tempat di satu sudut bilik memerhatikan gambar-gambar yang tergantung di dinding. Ia menggambarkan jatuh bangun Engenius dalam perniagaan. “ Dah jadi asam garam perniagaan. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Masa di atas jangan lupa diri. Masa di bawah kena banyak sabar. Insya Allah ada jalan penyelesaian, ” katanya sambil bersalaman dengan kami.
Beliau mengambil tempat di hujung meja. Cikgu Ismail lantas berada di sebelahnya. Saya perkenalkan CEO Engenius Trading Company, Encik Abdul Rashid Abdul Halim. “ Saya mengucapkan terima kasih kerana Encik Abdul Rashid dapat bersama kita pada hari ini. Maklum la, bukan senang seorang CEO nak luangkan masa dengan kesibukan yang ada,” Cikgu Ismail berseloroh.
Seorang yang berkarisma namun penampilannya biasa sahaja. Mengenakan tie, kemeja lengan panjang & seluar slack serta kasut hitam seperti eksekutif lain. Wajahnya menggambarkan seribu satu pengalaman yang dilalui. Tenang dan bersahaja. “ Bagus betul CEO ni, ” getus hatiku.
Selesai taklimat, kami dijemput minum pagi dengan Encik Abdul Rashid.
“ Engenius bergantung pada kamu semua. Misi program ini terletak di atas bahu kamu. Saya harap kita dapat teruskan selagi termampu. Besar harapan saya untuk melihat anak-anak Aceh kembali menjalani hidup seperti biasa. ” Encik Rashid memulakan perbualan.
“ Saya kurang faham kenapa kami ditugaskan untuk misi pendidikan, bukan untuk bantuan kemanusiaan macam agih barang makanan ke ?. ” Ilyas memecah kebuntuan.
“ Sebab pendidikan yang paling kurang diberi penekanan oleh pihak yang membantu di Aceh. Sedangkan ilmu yang paling penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan membangunkan kembali negeri serambi Mekah itu. ”
. . .
“ Kau dulu la. Kau
“ Awal ke, kemudian ke, semua akan kena. Injection ni penting untuk mengelakkan kamu dijangkiti penyakit, ” Cikgu Ismail menegaskan. “ Okay aku dulu, ” kataku meredakan keadaan.
Kami semua diminta mengambil beberapa suntikan sebagai persediaan dan pencegahan awal jika dijangkiti sebarang penyakit semasa berada di Aceh nanti. Seorang pegawai perubatan lelaki membantu kami mengambil suntikan. Bibirnya sentiasa menguntum senyuman.
“ Camna malam ni?. Nak tidur kat rumah aku ke, Ilyas ?, ” tanya Fatah kepadaku setelah kami selesai mengambil suntikan masing-masing. “ Aku pun tak tau lagi camna. Tunggu apa kata cikgu nanti. Mungkin Engenius dah sediakan penginapan untuk kita. ”
“ Aku pun harap gitu la. Selamat nugget dengan burger kat rumah aku, ” Fatah
“ Jom futsal malam ni!. Aku dah setting dengan kawan-kawan yang len.
“ Fine, nanti jangan cakap aku tak ajak !!. ” Ilyas seakan-akan kebengangan.
“ Alah, besar-besar pun nak merajuk, ” kata hatiku.
No comments:
Post a Comment